Tentang kami

Our Story

Sejagat Global adalah sebuah syarikat yang memfokuskan pembelian secara runcit atas talian, dan juga luar talian. Selain menawarkan konsep jualan 3P iaitu Pemborong, Pengedar dan Peruncit. Konsep ini menawarkan harga yang berbeza untuk setiap kategori pembelian seperti Pemborong dan Pengedar manakala pengguna pula diberi potongan harga yang istimewa. Dengan melebihi 50 produk yang telah dikeluarkan bermula dengan OEM dan juga sekarang dengan penghasilan sendiri dan dijenamakan dibawah nama Sejagat Global, serta melebihi 20 ejen diseluruh negara yang berminat dalam pengedaran produk keluaran Sejagat Global. Selain produk Sejagat Global juga telah menembusi beberapa buah negara Asean antaranya Brunei, Indonesia Dan Singapura. Oleh kerana permintaan dari negara-negara ini, menyebabkan tertubuhnya Sejagat Global (B) Sdn Bhd, yang kini telah bertapak di Brunei Darussalam hampir melebihi satu tahun beroperasi. Seiring dengan berkembangnya Sejagat Global, jenama ini juga telah didaftarkan sebagai sebuah francaisor, ini membolehkan setiap francaisi yang berdaftar layak menggunakan nama jenama Sejagat Global dan bersama-sama dalam memasarkan produk-produk keluaran Sejagat Global.

Visi Kami

Menjadi syarikat terulung menerajui bidang kesihatan dan kecantikan dan dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.

Misi kami

Menyediakan produk yang berkualiti , peneraju pasaran dalam pelbagai bidang , syarikat yang mampu memberi komitmen penuh pada pelanggan dan dapat menghasilkan produk-produk pioneer supaya boleh menjadi trendsetter dalam bidang ini

Latar Belakang Syarikat

Sejagat Global Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Bumiputera dimiliki oleh anak Melayu yang sangat berdaya saing serta komited dalam industri kesihatan dan kecantikan yang dipelopori oleh kaum wanita khususnya. Dengan pengalaman didalam industri ini hampir 10 tahun, beliau boleh berbangga dengan jenama Sejagat Global yang telah dijenamakan serta telah menubuhkan beberapa syarikat lain hasil usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa. Antara sejarah penubuhan syarikat yang telah dibangunkan adalah Legacy Secret Sdn Bhd, Nmy Manufacturing Sdn Bhd, sebuah kilang bertaraf GMP untuk pembuatan produk supplemen kesihatan serta kecantikan dan kosmetik. Selain, penubuhan Woow Pharmacy Sdn Bhd yang telah beroperasi di empat cawangan yang terletak di Petaling Jaya, dan di Johor Baru iaitu di Adda Height, Kota Tinggi dan Setia Tropika.

Scroll to Top